Sunday, July 26, 2009

What is genius?


“Genius refers to a person, a body of work, or a singular achievement of surpassing excellence. More than just originality, creativity, or intelligence, genius is associated with achievement of insight which has transformational power. A work of genius fundamentally alters expectations and even the broader consciousness of its audience. Genius may be generalized, or be particular to a discrete field such as sports, statesmanship, science, or art”. (wikipedia.com)

Genius adalah merujuk kepada seseorang, kerja ataupun sesuatu pencapaian yang cemerlang. Lebih daripada biasa, kreatif atau bijak. Genius dihubungkait dengan pencapaian kefahaman yang mempunyai kuasa untuk merubah. Genius mungkin secara umum atau pun tertumpu kepada bidang-bidang tertentu seperti sukan, pemidato, sains atau seni.

Kita pernah terbaca berita anak-anak Malaysia yang genius. Sebagai contohnya Adi Putra yang bijak menghafal bukan sahaja ayat-ayat Al-Quran, malahan segala fakta serta angka-angka. Terasa malu pula nak menyebut angka-angka yang berbillion-billion tu kalau nak bertanding dengan Adi Putra. Pelbagai spekulasi timbul berkaitan pelajar genius ini. Biasalah cakap-cakap orang yang iri hati. Tak ketinggalan juga ramai yang mengambil kesempatan untuk membuat kajian. Macam mana Adi Putra ni genius sangat? Jawapannya mungkin tersembunyi dalam otak Adi Putra.

Kalau nak dibelah otak budak genius ni adalah sesuatu yang mustahil. Tapi kita boleh tengok cara beliau menggunakan otaknya. Menurut penceritaan ibunya memang Adi Putra dilahirkan genius. Tanpa disuruh dia bangun malam untuk bersolat dan menyelesaikan masalah-masalah Matematik yang tidak dapat diselesaikan oleh orang lain. Semoga Adi Putra akan kekal genius dalam semua bidang yang dilakukannya.

Sebenarnya, setiap anak dilahirkan dengan keupayaan mental yang paling optimum. Mungkin dalam 100% sel-sel otaknya tersedia untuk disambungkan. Setiap kali ada rangsangan ke otak, setiap kali itulah sel-sel ini bersambung. Sel-sel yang tidak bersambung akan hilang seiring peningkatan usia anak kita. Sehingga meningkat dewasa, keupayaan mental kita hanyalah kurang daripada 10%. Adakah kita sedang menggunakan sehingga 5% daripada otak kita?

2 comments:

  1. salam ziarah cg
    nak tahu ckit mengenai cara permakanan utk jadi budak yg genius.kalau boleh berserta dgn doanya serta tatacara nya sekali.tq

    ReplyDelete
  2. rahman, ada banyak scr natural yg kita tahu..kurma, kismiss dll.. tp dgn perkembangan teknologi ada dlm btk pil homeopati... apa2 yg kita amalkan niat kerana Allah. Dia yg maha berkuasa...klik pada botol genius kat sebelah utk maklumat lanjut.. TQ

    ReplyDelete